Pa’din adalah skateboarder tempatan yang pertama mempunyai signature shoes. Bukan setakat local brand tetapi jenama antarabangsa, Vans dari Amerika Syarikat.

Kempen untuk mengiktiraf skateboarder tempatan ini adalah satu yang menarik perhatian kerana ia menunjukkan kesungguhan Vans untuk bertapak dan membangunkan skateboarding di negara ini dengan lebih teratur.

8 - kasut padin 1

Vans Old School Pro Pa’din Musa

Vans Authentic Pro Pa'din Musa

Vans Authentic Pro Pa’din Musa

Lebih menarik, kasut Vans Pa’din ini datang dengan dua model, satu Old School Pro dan satu lagi Authentic Pro, dua model yang menjadi kegemaran Pa’din sendiri.

Warna dipilih Pa’din, hitam dan citrus yang diinspirasi darpada jersi lumba vintaj yang digemarinya. Selain itu bahagian tepi kasut ini juga matching dengan pattern tayar motosikalnya. Tapak waffle pula melambangkan penghadang jalan raya.

DSC_0060

Bahagian yang paling penting bagi kasut ini adalah tulisan tangan anak-anak Pa’din yang dicetak pada insole iaitu bahagian dalam kasut ini. Ia merupakan pantun yang ditulis anak lelakinya Fahim dan Fayadh.

AJM_1615

Seperti kasut pro Vans yang lain, ia datang dengan UltraCush insole, DURACAP-reinforced underlays dan juga tapak waffle gum Vans yang tiada tandingannya untuk memastikan pemakai merasai papan yang dipijak, sokongan yang lebih baik dan lebih tahan lama.

Pada masa sama, Vans menayangkan video documentari (film) yang bertajuk Demi mengenai perjalan hidup Pa’din sebagai seorang skateboarder pada malam ini yang diarahkan Mark Khor.

Video penuh akan dimuat naik pada 27 November di saluran rasmi Youtube Vans.

Kasut Pa’din akan mula dijual pada 2 Disember di Vans Store Malaysia, Singapura dan penjual Vans Pro Skate terpilih.

Best tak kasut Pa’din?

 

Share this