Di Malaysia dan mungkin juga Asia Tenggara ini ramai yang acah-acah tahu mengenai bagaimana hendak menjadi judge untuk skateboarding berdasarkan pengalaman mereka dalam skateboarding.

Tapi ramai yang sebenarnya tak tahu bagaimana sebenarnya markah skateboarding diberikan ataupun meletakkan benchmark atau base score bagi run setiap seorang.

Dalam episod ke-50 podcast the Nine Club with Chris Roberts ,Mike Sinclair, memberi penjelasan.

Mike adalah seorang pakar dalam industri skateboarding di Amerika dengan pengalaman lebih 20 tahun menjadi judge dan pengurus pasukan bagi skateboarding.

Apa yang kita boleh belajar dari podcast tersebut adalah.

  1. Judges akan menolak/membuang markah yang tertinggi dan terendah yang diberikan kepada seseorang skateboarder oleh 5 judges yang terlibat sebelum mencari pemenang.
  2. Seorang judge yang berkredibiliti tinggi dan berpengalaman tidak akan memilih bulu, kerana ia akan merosakkan reputasi dan kerjayanya. Oleh itu tak kira judge itu bekerja untuk brand mana, ia akan tetap menjadi seorang yang neutral apabila menghakimi sebuah contest. Ia tidak akan memberi keuntungan kepada judge tersebut kerana pemenang tidak akan mampu memberi balik apa2 kepada judge tersebut.
  3. Markah rendah pada hari pertama berbanding hari kedua tidak bermakna judge tidak melakukan perkara yang betul kerana ia diberikan berdasar markah base/asas oleh skateboarder yang pertama melakukan run. Kalau rendah markah pertama bermakna markah yang terbaik juga tidak akan begitu tinggi.
Gambar: Mariss Khan satu-satunya judge yang ada sijil daripada World Cup Skateboarding (WSC). Judging untuk X Games 2002.

Gambar: Mariss Khan satu-satunya judge yang ada sijil daripada World Cup Skateboarding (WSC). Dalam gambar ini, Mariss bersama dengan Mike Sinclair, judging untuk X Games 2002.

 

Share this